Pages

Wednesday, 27 November 2013

BILA KITA MESTI BUAT DAN JANGAN BUAT

Assalamualaikum..

Hari ni bila buka fb terbaca post dari Datuk Dr Maznah Hamid ttg tajuk utama tu..ok saya nak share supaya kita bole bermafaat sama2 dlm penulisan beliau ni...


Tanpa kita sedari, masa adalah perkara yang selalu kita remehkan. Kita sering menunda atau melengahkan sesuatu kerja yang perlu jika ada mempunyai masa-masa yang terluang. Penggunaan masa adalah yang membezakan diantara orang yang sukses atau gagal. Namun, mengapa ada orang sukses dan orang gagal? Jawapannya bagaimana mereka menyusun dan memanfaatkan setiap masa yang ada. 

Kenalpasti perkara berikut sebelum ‘melabur’ masa anda :

Segera dan penting, MESTI BUAT
Penting tetapi tidak segera, HARUS BUAT
Rutin, boleh diagihkan . AKAN DIBUAT.
Berguna tapi tidak penting. TIDAK SEMESTI DIBUAT.
Tidak perlu sama sekali, JANGAN BUAT

Apabila tugas penting dikenalpasti, tentukan siapakah yang akan melakukannya. Adakah tugasan itu boleh dilakukan oleh orang lain? Adakah anda membuat kerja di bawah kemampuan dan kemahiran anda?

Terdapat 3 cara sahaja untuk menggunakan masa anda dengan lebih berkualiti :

1. Anda hendaklah lebih cekap dalam mengendalikan kerja MESTI dan HARUS BUAT. 

2. Mendapatkan orang lain untuk mengambil alih sebahagian daripada kerja AKAN BUAT. 

3. Menghentikan kerja yang JANGAN BUAT. 

Diharapkan anda tidak menjadi seorang yang suka menunda atau melengah-lengahkan masa kerana anda sendiri yang akan rugi kerana membuang masa itu. Perbuatan seperti itu seperti tidak mensyukuri akan nikmat dan masa yang diberikan. Semoga kita sama-sama tergolong dikalangan orang-orang yang selalu menggunakan masa dengan bijak….  


Makanya... Kita patut rancang masa dgn baik sebb dgn "masa"lah jgk manusia banyak yg kerugian...

Wassalam



No comments: