Pages

Wednesday 27 November 2013

Mungkin kejayaan kita hari atas doa org lain jgk..

Macam biasa saya ni suka sgt baca artikel ker note ker atau kisah yg ada teladan... Ni kat fb jgk ni..scroll2 ke bawah ke atas... Ada status dr kwn fb saya ni yg menarik perhatian saya utk baca dari
En Rezza Khanafiah..statusnya berbunyi

Kata pensyarah saya,

Mungkin kita tidak sedar apa yang kita dapat hari ini adalah asbab doa seseorang yang rapat dan baik dengan kita, bukannya daripada kita"

Saya pun tanyalah utk penjelasan dan jawapan beliau..beliau berikan saya satu cerita pendek ini utk saya fahami...dan saya jgk nak share disini..


Mungkin kisah pendek ini boleh membantu,

_______________________________

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul


Saya teringat kata nasihat ini " kita mungkin bukan siapa2 kalo bukan kerana doa daripada ibu bapa kita kerana doa merekalah kita berjaya"...kesimpulannya jgnla kita sombong, bangga diri, riak berlagak hanya kita berjaya dan org lain kurang berjaya..kita tidak tahu nasib atau rezeki masing2 sebb mungkin ada org yg mendoakan kejayaan kita secara tersembunyi...Wallahu’alam bissawab



BILA KITA MESTI BUAT DAN JANGAN BUAT

Assalamualaikum..

Hari ni bila buka fb terbaca post dari Datuk Dr Maznah Hamid ttg tajuk utama tu..ok saya nak share supaya kita bole bermafaat sama2 dlm penulisan beliau ni...


Tanpa kita sedari, masa adalah perkara yang selalu kita remehkan. Kita sering menunda atau melengahkan sesuatu kerja yang perlu jika ada mempunyai masa-masa yang terluang. Penggunaan masa adalah yang membezakan diantara orang yang sukses atau gagal. Namun, mengapa ada orang sukses dan orang gagal? Jawapannya bagaimana mereka menyusun dan memanfaatkan setiap masa yang ada. 

Kenalpasti perkara berikut sebelum ‘melabur’ masa anda :

Segera dan penting, MESTI BUAT
Penting tetapi tidak segera, HARUS BUAT
Rutin, boleh diagihkan . AKAN DIBUAT.
Berguna tapi tidak penting. TIDAK SEMESTI DIBUAT.
Tidak perlu sama sekali, JANGAN BUAT

Apabila tugas penting dikenalpasti, tentukan siapakah yang akan melakukannya. Adakah tugasan itu boleh dilakukan oleh orang lain? Adakah anda membuat kerja di bawah kemampuan dan kemahiran anda?

Terdapat 3 cara sahaja untuk menggunakan masa anda dengan lebih berkualiti :

1. Anda hendaklah lebih cekap dalam mengendalikan kerja MESTI dan HARUS BUAT. 

2. Mendapatkan orang lain untuk mengambil alih sebahagian daripada kerja AKAN BUAT. 

3. Menghentikan kerja yang JANGAN BUAT. 

Diharapkan anda tidak menjadi seorang yang suka menunda atau melengah-lengahkan masa kerana anda sendiri yang akan rugi kerana membuang masa itu. Perbuatan seperti itu seperti tidak mensyukuri akan nikmat dan masa yang diberikan. Semoga kita sama-sama tergolong dikalangan orang-orang yang selalu menggunakan masa dengan bijak….  


Makanya... Kita patut rancang masa dgn baik sebb dgn "masa"lah jgk manusia banyak yg kerugian...

Wassalam



Tuesday 26 November 2013

Tu hari la jgk...

Assalamualaikum.. (ala2 sharifah armani dlm af tu)

Hah haritu saja jer tebiat2 dating dgn ayah..dah lama tak datingkan.. da lama ker? hihihi aduii..walaupun pi dating ngan ayah tetap jgk si kecik ni ikut yaaa.. inilah definisi dating kami..ibu tak sanggup tinggal woo biarla πŸ˜…...1 for all..all for 1.. Dah kenapa plak tu? Saja jer...sebb nak didik ammar biar family dkt di hati..tak kisahla kemana2 biar besa nanti terbiasa mcm ni, asal kami semua bersama2 susah senang mcm tu...

Mmg takda aktiviti lainla yg dibuat selain carik tmpt mkn yg best skit..uhuk uhuk terbatuk la plak hihihi 😁 ngee.... Xkisahla dimana pun asal sedap halal dan selesa..so ayah memilih tgif...so oklah...fine..jommmm πŸ˜πŸ˜™ sambil2 tu apa lagi control ayu ambikla gambar2 kenangan yg bole ditgk smpi muntah hijau...ya mcm comel jer,mcm cantik jer..hahahaha (maafla ibu ammar syok sendiri..tak kisah lerr)

Jdk lokasinya di tgif the curve, dkt dgn rumah..senang nak pergi dan balik...😊☺

Wasalam





Dunia berubah

Assalamualaikum....

Kisah ni berlaku 2thn lepas errrm 😏...2 bln lepas berkahwin tu life org yg baru kahwin ni mcm besala bahgia memanjang semua nampak rainbow jer hahahah rainbow kerrr??...sebbnya kan baru kawennn 😁😝..pastu kawan opis kesygan ku si nonok shy baru kawen jgk 5 bln awal dari aku...tapi hari2 dok sibuk jer nak tahu dia mengandung ker dak hikhikhik..dari situ baru terfikir, haahkan..mengandung? Baru terfikir..ya tak ya..baik pi test manala taukan??..ptg tu sibukla pi beli pregnancy test...sekali pas balik kerja cepat2 pi test..husband pun menunggu dgn sabar...bila tgk test tu..mmg sah mengandungggg, kami pun tergelak geli hati...eh biar betul..mengandung?? Hikhikhik tak sangka..aku mengandunggg..aku bakal jadi ibu, wahhhh tugas berat ni wahhhh amanah allah ni..wahh,wahh,wahh..(byk plak wahh wahh aku ni rasa mcm nak lempang muka sendiri hihihi..eeee xnak looorrrr)patutla rasa pelik jer badan sejak kebelakangan ni..rasa mual semcm rasa penat ngantuk semcm....tapi tak ambik peduli pun..


Errmmm bila da tahu mengandung 3mnggu lebih ni start la jaga makan,henti makan semua benda yg dilarang masa mengandung termasukla supplement kecantikkan ku(tapi takler semua sebb kekadang tu terlepas jgk mkn pedas..teringinnyer pasal...hambik ko bila start heart burn kan nak nanges rasa πŸ˜‚πŸ˜­πŸ˜‚ saper suruh) hukhukhuk 😭sabo sabo..demi baby...sibukla aku mencarik bahan bacaan utk tambah ilmu semua ttg bayi,nahhh...dari situ secara perlahan2 sekelilingku mesti baby friendly dan yg penting kena didik ammar sayang dan kenal pada allah dan rasulnya (over tak makk??? Xper buat ikhlas utk diri dan anakku saja)...tujuaannya pun nak latih bayi dlm kadungan ku dgn persekitaran yg baik2 ..baik dr telinga,mata,mulut, perckpan, perbuatan semua ku jaga demi baby yg bakal jadik khalifah allah ni...

Dari dlm kandungan lagi aku dah biasakan ammar dgr org mengaji al-quran selain aku ngajikan sendiri utk ammar shafi..bila dia aktif semcm dlm perut lagi2 kalo tgh mlm ni dgn berbonjol2 sana sini timbul2 kat permukaan perut ni rasa mcm mak alien pun ada...nak kasik tenang ammar senang jer..dah la ngantuk penat sakit belakang punggung,krem sana sini dgn tulang punggul smpi tahap berbunyi berlaga2..pila pasang ipad ngaji quran smpi kesubuh utk ammar, terus diam..oooooo anak ibu nak kena dodoi rupanya...itulah muzik ammar sejak berusia 3 minggu lagi smpi sekrg pun ammar masih mcm tu..suka sgt tgk org mengaji dlm tv terus freeze dpn tv mcm jer la org tu nyayi lagu kat dier...semua mknan yg berkhasiat wajib dimakan xkira kalo tekak rasa loya ker smpi rasa nak muntah ker pun telan saja demi baby..apa yg org ckp bagus carik makan,pastu apa yg dibaca pun carik jgk mkn..semua demi baby kecik ni..


Aku bukanlah org yg terbaik sgt akhlaknya atau campion sgt dlm agama...tapi ibu dan ayah akan cuba sediakan foundation yg kukuh dan persekitaran yg baik buat ammar shafi agar menjadi anak yg soleh dan bijaksana dgn akhlak yg mulia...Tak kirala dlm solat dlm hati ibu slalu doakan ammar shafi membesar menjadi manusia yg unggul akhlaknya...suatu hari nanti ammar shafi akan jadik khalifah manusia..ayah atuk seseorg..semoga anak ibu sampai ke cucu cicit dihadiahkan keturunan yg soleh solehah yg bijaksana, amin..sejak itulah dunia ibu berubah...ibu rasa jdk manusia baru setelah lahirkan ammar shafi..inilah hadiah yg allah bg utk didik ibu menjadi manusia yg lebih baik....thank you allah...


Wassalam



























23 nov ni special date utk saya

Assalamualaikum....
Selamat bermimpi...hahaha saya tgh dlm mode sibukkk nak menghupdatekan blog pd tgh mlm buta niiii padahal nila first story morie saya utk blog ni 😁....(ada ker org nak baca? Kuang3) jam da tunjuk 1.40pg..sabtu lepas pila ke midvalley tapi parking kat garden..jdk kami terpaksala menyeberang ke midvalley... jarang tul saya ke sini...slalunya p OneU or the curve saja smpi dah kenal setiap sudut dlm shopping mall tu bole jln2 tutup mata  lagi...hahaha ini tipu k, mana bole tutup mata sambil jln2 nnt terlanggar mcm2...dammnn πŸ˜‚πŸ˜±

Seronok jln kat garden n midvalley ni (sebb jaraanggg sgt pi sini so xcited semcm 😡) bole window shopping sana sini (cuci mata saja ya hikhikhik 😭) dah tujuannya dtg mkn saja pun..kat midvalley singgah jumpa parents-in-law dgn sister-in-law sekejap, mereka tgh sibuk usha brg baby for her future twins nihhh...kebetulan ada baby expo kat tingkat atas tu..πŸ˜ŠπŸ‘

Pastu kami pun pila carik tmpt mkn akhirnya pilih mkn kat theabsolutelythai garden. Bila kita bawak baby dan stroller ni, dorg khaskan ddk kat luar sebb dlm tu sempit nak gerak nak sorong2 stroller ni..so bolelah jgk kitaorg tgk view org lalu lalang dpn mata ni 😜 . Hah kenapa dgn hari ni? Tarikh ni? Ok nak crita skit jer..dinner ni pun sempena tarikh ni..hikhikhik (rasa mcm kerang busuk jer) ni tarikh "aku terima cintanya", ayahnya ammar..oppss ok tu jer xle lebeh2 naaa πŸ˜‹πŸ˜πŸ‘ͺ...dah jdk puan pun πŸ‘alhamdullilah jodoh allah yg bg....terima kasih ya allah sebb kau pertemukan jodoh ini (teremosi la plak 😳)...

Order mkn ayah yg buat semua..malas nak fikir apa yg dia order telan jer..yg paling suka butter prawn yg besar gedabak tu..sedapppnyaaa...pas mkn2 dah kenyang tapau apa y patut.. Jln2la kejapkan tgk2 apa yg menarik sambil bakar kalori lemak yg bersarang dlm badan tu πŸ˜‹..tapi haritu ttp osem k walaupun sempoi gitu2 kikiki...okla tgk jam ipad ni da 2.32pg, da pjg membebel hukhak..hukhak ni..nak tido nnt xdpt beauty sleep ni😬.. Wasalam